Sering kali penulis terlepas pandang ataupun tidak tahu penggunaan
tanda baca dalam dialog dan selepas dialog. Penutup dan pembuka kata
serta huruf besar dan huruf kecil selepas dialog.
Contoh 1:
"Kek ini untuk awak. Nah, ini baki duit awak." Ujar/Kata/Jawab/Tutur Dayana kepada Ayu. (X)
______________________________________________________
"Kek ini untuk awak. Nah, ini baki duit awak." Ujar/Kata/Jawab/Tutur Dayana kepada Ayu. (X)
______________________________________________________
"Kek ini untuk awak. Nah, ini baki duit awak," ujar/kata/jawab/ tutur Dayana kepada Ayu. (/)
"Kek ini untuk awak. Nah, ini baki duit awak." Dayana berkata lalu menghulurkan baki wang itu kepada Ayu. (/)
Contoh 2:
"Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni." tanya/soal Rahman sambil memerhati gelagat Ramli yang tergesa-gesa menyarung kasut di kakinya. (X)
"Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni." tanya/soal Rahman sambil memerhati gelagat Ramli yang tergesa-gesa menyarung kasut di kakinya. (X)
"Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni," tanya/soal Rahman sambil memerhati
gelagat Ramli yang tergesa-gesa menyarung kasut di kakinya. (X)
"Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni." Tanya/Soal Rahman sambil memerhati
gelagat Ramli yang tergesa-gesa menyarung kasut di kakinya. (X)
_________________________________________________________
_________________________________________________________
"Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni?" tanya Rahman sambil memerhati gelagat Ramli yang tergesa-gesa menyarung kasut. (/)
"Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni?" tanya Rahman sambil memerhati gelagat Ramli yang tergesa-gesa menyarung kasut. (/)
Penerangan:
Contoh 1
Contoh 1
Sebelum penutup kata, salah jika kita meletakkan tanda noktah. Kemudian diikuti Ujar, Kata, Jawab, Tutur dengan huruf besar.
Sepatutnya letakkan koma dan diikuti huruf kecil pada ujar, kata, jawab, tutur.
Atau letakkan tanda noktah dan diikuti dengan nama si penutur. Jika
tidak ada nama si penutur tetapi digantikan dengan 'Dia', 'Wanita itu',
'Gadis itu' (huruf besar).
Contoh 2
Ayat tanya hendaklah disertakan dengan tanda soal dan diikuti dengan huruf kecil. Jangan pandai-pandai nak letak titik atau koma atau tanda seru.
Ayat tanya hendaklah disertakan dengan tanda soal dan diikuti dengan huruf kecil. Jangan pandai-pandai nak letak titik atau koma atau tanda seru.
Lagi
satu, editor sering kali terjumpa ayat ... menyarung
kasut/sandal/selipar di kakinya. Ini dipanggil ayat lewah atau
berlebih-lebihan. Sudah terang lagi bersuluh, pemakaian
kasut/sandal/selipar di kaki.
Ada banyak lagi ayat lewah. Itu
kelas lain, ya. Buat hari ini, kita belajar tanda baca dulu walaupun
sudah berulang kali editor terangkan. Sebarang pertanyaan, boleh
diajukan di sini.