Wednesday, 21 January 2015

Dari atau Daripada



Assalamualaikum dan salam sejahtera, para karyawan. Mohon maaf kerana kelas tidak dibuka minggu lepas kerana sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Hari ini kita belajar kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’.

Penulis keliru penggunaan kata sendi nama ini dalam penulisan, terutama dalam naratif.

Contoh:

2.       Mereka memulakan kerja-kerja pembersihan daripada sudut kanan dewan itu. (X)
3.       Dia berasal daripada kedah. (X)
5.       Penyakitnya itu berpunca dari air kotor. (X)
6.       Perangai si abang jauh lebih beza dari perangai si adik. (X)


Pembetulan:

1.       Puan Salmi datang dari arah kedai kosong itu.
2.       Mereka memulakan kerja-kerja pembersihan dari sudut kanan dewan itu.
3.       Dia berasal dari Kedah.
4.       Almari itu diperbuat daripada kayu jati.
5.       Penyakitnya itu berpunca daripada air kotor.
6.       Perangai si abang jauh lebih beza daripada perangai si adik.

Penerangan:

Sendi nama ‘daripada’ merujuk manusia, haiwan, perbandingan dan punca atau kejadian sesuatu benda.

Sendi nama ‘dari’ pula merujuk arah, masa dan tempat.

Sendi nama ‘ke’ sering berpadanan dengan sendi nama  ‘dari’.


Contoh:

- dari semasa ke semasa

- dari masa ke masa

- dari hati ke hati

No comments:

Post a Comment